GOGEN Fish Collagen
Adakah Gogen selamat untuk diambil dan adakah Gogen Halal?
Gogen telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan
dikategorikan sebagai makanan tambahan. Dikilangkan oleh kilang yang
diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) di Malaysia yang mematuhi
piawaian tentang mutu dan kualiti kebersihan dengan menggunakan formula
dari Eropah. Gogen diyakini halal dari sumber dan bahan yang digunakan.
Disahkan halal oleh HFCE (Halal Food Council of Europe),halal yang
dikeluarkan oleh HFCE diiktiraf oleh JAKIM,MALAYSIA.
Apakah kelebihan Gogen berbanding produk lain dipasaran?
Gogen merupakan serbuk kolagen marin terhidrolisis tulen gred tinggi,
menawarkan kadar penyerapan yang tinggi dan mengandungi pelbagai asid
amino yang lengkap.Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa
pengawet dan perisa (pemanis) tambahan. Setiap 1 scoop mengandungi
5000mg serbuk kolagen marin terhidrolisis tulen yang ditambah dengan
serbuk antioksidan semula jadi vitamin C. Diperbuat daripada kolagen
gred tinggi yang masih mengekalkan khasiatnya walaupun dibancuh dalam
air panas dan kurang berbau jika dibandingkan dengan produk pure collagen powder atau pure collagen dust lain dipasaran. Anda boleh kawal pengambilan kolagen sendiri bergantung pada keadaan kulit anda.
Apakah kebaikan kolagen dalam bentuk serbuk?
Produk Kolagen dalam bentuk serbuk yang dibancuh dalam minuman lebih
mudah diterima dan diproses oleh sistem pencernaan badan berbanding
produk kolagen dalam bentuk pil, tablet, dan kapsul.
Kebanyakan produk kolagen dalam bentuk pil,tablet dan kapsul tidak
mudah untuk dicernakan dan mengakibatkan kurangnya daya penyerapan
produk tersebut. Malah bagi golongan berusia,mereka kurang mendapat
manfaat kerana keupayaan penghadaman mereka yang lemah.
Kami juga percaya kolagen dalam bentuk serbuk merupakan cara yang
paling ekonomi untuk diambil dalam jangka masa panjang. Anda boleh kawal
sendiri pengambilan kolagen anda selain dari yang disarankan oleh pihak
kami bergantung pada bajet anda.
Adakah pengambilan kolagen perlu bagi seseorang dalam usia awal 20an?
Seawal 15 tahun anda boleh mula mengambil Gogen tetapi dalam kuantiti
yang disyorkan oleh pakar nutrisi. Adakah anda tahu bahawa kolagen mula
berkurangan secara drastik selepas umur 25? Faktor-faktor seperti
persekitaran,pencemaran dan tekanan mempercepatkan kehilangan kolagen.
Setiap orang kadar penurunan kolagen adalah berbeza bergantung pada cara
hidup dan persekitaran. Permulaan awal pengambilan kolagen adalah
disyorkan.
Adakah terdapat supplement tambahan atau ubatan yang tidak boleh diambil bersama Gogen?
Jika anda ada mengamalkan jamu, produk kurus atau produk detox kami
mensyorkan anda jarakkan pengambilan selama 30minit. Jika anda ada
mengambilan ubatan sila jarakkan pengambilan selama sejam.
Adakah saya akan bertambah berat badan selepas pengambilan Gogen?
1 sudu (lebih kurang 6g) Gogen mengandungi 16 kcal sahaja.. Anda boleh mengambil walaupun anda sedang berdiet.
Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
Kolagen (yang merupakan ramuan utama Gogen) dibuat dari protein yang
terkandung dalam barangan makanan tenusu. Jadi, biasanya kita tidak
menjangkakan kesan sampingan dari mengambil Gogen kecuali alahan pada
makanan berasakan ikan.
Bilakah masa terbaik untuk mengambil Gogen untuk ia berkesan?
Gogen boleh diambil bila-bila masa. Kami mengesyorkan anda mengambil
dalam jumlah yang disarankan samada waktu pagi atau sebelum tidur.
Adakah badan kita akan menjadi terlalu bergantung kepada makanan tambahan ini selepas pengambilannya?
Gogen adalah makanan kesihatan untuk badan anda, terutamanya untuk
sendi, tulang & kulit anda. Teruskan mengambil produk akan
memastikan bahawa tubuh anda tidak kekurangan kolagen yang diperlukan.
Adakah kandungan dalam Gogen akan dipengaruhi oleh suhu? Bagaimana cara saya mengambilnya?
Memanaskan atau menyejukkan Gogen tidak akan menjejaskan khasiatnya.
Kami mencadangkan anda supaya campurkan dalam minuman berasaskan coklat
kerana akan kurang bau dan rasa kolagen apabila diambil bersama. Selain
itu anda juga boleh campurkan dalam minuman lain seperti
jus,yogurt,makanan berasaskan sup dan juga boleh dicampurkan dalam krim
anda.
Bolehkah saya ambil lebih dari jumlah yang disarankan?
Serbuk kolagen marin terhidrolisis merupakan bahan utama dalam
penghasilan Gogen adalah sejenis protein. Jadi tidak sepatutnya ada
sebarang masalah jika anda meminum lebih sedikit daripada biasa. Walau
bagaimanapun, kami mencadangkan anda minum mengikut saranan setiap hari
dan bukannya minum dalam jumlah yang besar sekali gus. Ini kerana
pelbagai reaksi dari badan yang akan timbul jika anda ambil lebih dari
saranan secara drastik. Mungkin badan menjadi panas,rasa haus yang
melampau dan juga tumbuhnya jerawat akibat pemgambilan berlebihan. Jikan
ingin ambil lebih dari saranan,kami mensyorkan anda naikkan pengambilan
secara perlahan-lahan,bukan naikkan secara mendadak. Banyakkan
pengambilan air jika anda ingin ambil lebih dari saranan.
No comments:
Post a Comment